Artikel harini berkenaan proses untuk tukar bateri iPhone X. Kedai kami beroperasi setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Selamat sejahtera kepada semua pembaca artikel kami. Kami harap semua orang dalam keadaan sihat sepanjang tempoh COVID-19 ini. Sila ambil langkah berjaga jaga untuk mencegah COVID-19 merebak. Selain itu, tempoh masa untuk tukar bateri iPhone adalah 30 minit dan kami memberi waranti selama 6 bulan. Tambahan lagi, kami bukan sahaja membaiki iPhone atau pun peranti Apple, tetapi kami juga mampu membaiki peranti Android. Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp di talian 013-500 0450 atau media sosial kami.
Salah satu sebab untuk tukar bateri iPhone anda apabila battery health kurang daripada 80%. iPhone akan mula menjadi perlahan disebabkan battery health yang rendah. Bateri juga terdapat pelbagai jenis tetapi kami hanya menjual bateri original dan YooBao. Apa itu bateri YooBao? YooBao adalah syarikat baharu yang mengeluarkan bateri berkapasiti yang lebih besar daripada kapasiti asal. Bateri YooBao mempunyai saiz fizikal yang sama dengan bateri original tetapi berkapasiti lebih besar. Ini adalah “selling point” syarikat YooBao dan kami telah menjual lebih daripada 1000 bateri YooBao.
Cik Fatimah telah datang ke kedai kami membawa iPhone X miliknya. Masalah yang dihadapi beliau adalah bateri cepat habis. Setelah memeriksa iPhone beliau, kami mendapati battery health adalah pada 78% dan mencadangkan untuk tukar bateri iPhone ini. Seterusnya, kami memberikan 2 pilihan bateri untuk ditukar dan beliau memilih bateri YooBao. Sebelum memulakan proses tukar bateri iPhone ini, kami meminta untuk beliau duduk di tempat menunggu. Pertama sekali, peranti ini dibuka dan connector bateri ditanggalkan. Kedua, bateri dikeluarkan daripada peranti ini dan digantikan dengan bateri YooBao. Kemudian, peranti ini dipasang semula dan technician kami menguji peranti ini untuk sebarang masalah. Setelah selesai tukar bateri iPhone ini, kami memulangkan ia semula kepada beliau.